
OPERATOR - Bintulu (1 post)
Tanggungjawab:
Mengendalikan operasi harian sistem dan peralatan loji rawatan kumbahan.
Memantau prestasi mesin, pam, blower dan peralatan berkaitan.
Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas dan pembersihan peralatan.
Mengambil sampel air dan membantu dalam ujian kualiti air jika diperlukan.
Memastikan operasi loji mematuhi prosedur keselamatan dan piawaian alam sekitar.
Membantu kerja-kerja desludging dan pengendalian sisa kumbahan apabila diperlukan.
Menyediakan laporan operasi harian dan merekod bacaan meter/peralatan.
Melaporkan sebarang kerosakan atau ketidakpatuhan kepada penyelia dengan segera.
Menjaga kebersihan kawasan kerja dan memastikan peralatan berada dalam keadaan baik.
Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Minimum SPM atau setaraf.
Pengalaman dalam operasi loji rawatan kumbahan, penyelenggaraan mekanikal atau bidang berkaitan adalah
satu kelebihan.
Mempunyai pengetahuan asas mengenai sistem kumbahan dan rawatan air adalah digalakkan.
Sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam persekitaran operasi loji.
Bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan.
Bersedia bekerja lebih masa, syif atau di luar waktu kerja apabila diperlukan.
Mempunyai lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.
Faedah:
Caruman KWSP, PERKESO & SIP
Elaun kerja luar / OT (jika berkenaan)
Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut Akta Kerja
Latihan dan peluang pembangunan kerjaya
Bonus tahunan berdasarkan prestasi syarikat dan individu
