
PEMANDU - Bintulu (1 post)
Tanggungjawab:
Memandu dan mengendalikan lori kumbahan (desludging tanker) dengan selamat dan cekap.
Menjalankan kerja-kerja penyedutan, pengangkutan dan pelupusan kumbahan mengikut prosedur syarikat.
Membantu dalam operasi dan penyelenggaraan asas Loji Rawatan Kumbahan (jika diperlukan).
Memastikan lori dan peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.
Mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA).
Menghantar laporan kerja dan rekod perjalanan yang lengkap kepada penyelia.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Memiliki lesen memandu Kelas E Full yang sah.
Mempunyai pengalaman memandu lori tangki atau lori berat adalah satu kelebihan.
Berumur 21 tahun ke atas.
Sihat tubuh badan dan sanggup bekerja di luar kawasan jika diperlukan.
Bertanggungjawab, menepati masa dan mempunyai disiplin kerja yang baik.
Boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu apabila diperlukan.
Pengalaman dalam industri kumbahan atau loji rawatan kumbahan adalah satu kelebihan.
Faedah:
Gaji pokok yang kompetitif.
Elaun perjalanan / kerja luar (jika berkenaan).
Bayaran kerja lebih masa (OT).
Caruman KWSP, PERKESO & EIS.
Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut Akta Buruh.
Latihan dan peluang pembangunan kerjaya.
