BAHAGIAN OPERASI, DAPUR & HOSPITALITI
Jawatan Kosong (Eksekutif)
Pengurus Operasi
Ijazah dalam Hospitaliti, Perniagaan atau bidang berkaitan
Kredit dalam Bahasa Melayu – SPM)
Pengalaman 3–5 tahun dalam operasi/hospitaliti
Kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi dan komunikasi yang kukuh
Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan fasiliti dan perolehan
Berintegriti tinggi, berdisiplin dan fleksibel dari segi waktu bekerja
Mengapa Sertai Kami
Menjadi sebahagian daripada anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak, sebuah organisasi yang bereputasi dan kukuh di Sarawak.
Peluang untuk memperoleh lebih banyak pengalaman praktikal dalam pengurusan hospitaliti.
Lokasi Kerja
Kuching, Sarawak
Industri
Hospitaliti
Tanggungjawab Utama / Skop Utama bagi Semua Jawatan
Operasi
Pengurus Operasi / Penolong Pengurus Operasi)
Menyelia dan menyokong operasi harian kediaman, termasuk penyediaan kakitangan, penyelarasan perkhidmatan, pengurusan acara, penyediaan bajet, perolehan, serta fungsi pentadbiran.
Turut bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan kemudahan, pematuhan terhadap standard keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP), serta menjalinkan hubungan yang berkesan dengan pihak berkepentingan.
Semua tugas hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi tahap kerahsiaan dan protokol yang tinggi.
Bahagian Dapur
Chef Kanan / Penolong Chef)
Mengurus dan menyokong operasi dapur, termasuk penyediaan makanan, perancangan menu, kawalan kualiti serta pengurusan inventori.
Bertanggungjawab memastikan penyajian makanan yang konsisten dan berkualiti tinggi, pematuhan terhadap standard keselamatan makanan, serta pelaksanaan yang cekap bagi penyediaan hidangan harian dan acara yang dianjurkan.
