Gaji Asas + Komisen:
Pendapatan bulanan dari RM2,500 hingga melebihi RM6,000
Perunding Kewangan (KUCHING, KOTA SAMARAHAN, SERIAN)
Sertai Agensi Pemasaran Berlesen yang Berpengalaman Lebih 20 Tahun!
Kami merupakan agensi pemasaran berlesen yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pinjaman peribadi dan perkhidmatan kewangan. Kami bekerjasama dengan beberapa bank Islam terkemuka di Malaysia serta mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi, komited dan ingin membina kerjaya yang stabil dalam industri kewangan.
APA YANG KAMI TAWARKAN
- Gaji asas yang kompetitif
- Komisen tinggi dan berterusan
- Prospek pelanggan (customer leads) disediakan oleh syarikat
- Insentif prestasi yang menarik
- Percutian tahunan syarikat (company trip)
- Peluang pembangunan kerjaya dan latihan berterusan
- Bekerja sepenuh masa di pejabat
- Kemudahan penginapan akan disediakan untuk calon diluar bandar
SKOP TUGAS
- Memberikan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan peribadi kepada pelanggan.
- Membantu pelanggan memproses permohonan pembiayaan peribadi dengan bank-bank Islam tempatan.
- Menguruskan permohonan pembiayaan semula (refinancing).
- Membina hubungan yang baik dengan pelanggan serta memberikan perkhidmatan yang profesional.
KELAYAKAN
- Minimum SPM, STPM, Diploma atau Ijazah dalam mana-mana bidang.
- Berumur antara 21 hingga 35 tahun.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin atau dialek tempatan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Berdikari, berdisiplin dan berminat membina kerjaya jangka panjang.
PENGALAMAN YANG DIUTAMAKAN
Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berikut adalah digalakkan memohon:
- Perbankan
- Hartanah
- Telemarketing
- Insurans