WASTEWATER TREATMENT PLANT TECHNICIAN (WWTP) / JURUTENIK LOJI RAWATAN
Bertempat di Demak Laut, Sarawak
SKOP KERJA :
Mengendali, memantau dan melaras operasi harian loji rawatan (skrin, pengudaraan/aeration, pengenapan, pendosan kimia dan pelupusan enapcemar) mengikut keadaan operasi.
Menjalankan ujian parameter air sisa (pH, DO) serta merekod keputusan.
Memastikan kualiti air terawat mematuhi had discaj Standard A/B di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (DOE).
Menyimpan dan mengurus bahan kimia dengan selamat mengikut SOP.
Membantu dalam penyelenggaraan berkala dan pembaikan asas peralatan loji.
Menyediakan laporan operasi harian dan rekod penyelenggaraan peralatan.
Kelayakan :
Mempunyai pengetahuan asas mengenai proses rawatan air sisa dan pemantauan operasi.
Berpengalaman atau mempunyai asas teknikal dalam industri rawatan air adalah satu kelebihan.
Boleh bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
Teliti, bertanggungjawab, dan mementingkan keselamatan kerja.
