STOREKEEPER
Kami sedang mencari calon yang bertanggungjawab, berdisiplin dan bermotivasi untuk mengisi jawatan Storekeeper
Penjaga Stor) bagi membantu pengurusan inventori dan operasi stor syarikat.
Tanggungjawab:
Mengurus penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok serta peralatan.
Memastikan rekod stok sentiasa dikemas kini dan tepat.
Menjalankan pemeriksaan stok berkala (stock count).
Menyediakan laporan stok dan inventori apabila diperlukan.
Memastikan stor sentiasa bersih, tersusun dan selamat.
Membantu penyediaan bahan dan peralatan untuk kegunaan pasukan operasi.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf.
Mempunyai pengalaman sebagai Storekeeper adalah satu kelebihan.
Mempunyai pengetahuan asas komputer seperti Microsoft Excel, Microsoft Word dan e-mel.
Boleh mengendalikan sistem inventori adalah satu kelebihan.
Jujur, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran organisasi yang baik.
Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
Memiliki lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.
