PEMBANTU TEKNIKAL
Skop dan Tanggungjawab:
Membantu melaksanakan dan memantau operasi harian serta aktiviti pengurusan fasiliti.
Menjalankan pemeriksaan rutin, pemantauan operasi dan penyelenggaraan pencegahan ke atas sistem serta peralatan mekanikal.
Membantu dalam pengendalian, pemantauan, penyelesaian masalah dan penyelenggaraan peralatan mekanikal serta sistem perkhidmatan bangunan.
Melaksanakan pemasangan, pembaikan, penyelesaian masalah (troubleshooting), servis dan penyelenggaraan sistem mekanikal seperti pam, motor, sistem penyaman udara dan pengudaraan (HVAC), sistem perpaipan, pemampat (compressor) dan penjana (generator).
Memastikan semua peralatan dan sistem mekanikal beroperasi dengan selamat, cekap dan berada dalam keadaan optimum.
Menjalankan pemeriksaan, pengujian dan penyelenggaraan ke atas loji serta peralatan mekanikal, dan memastikan rekod penyelenggaraan diselenggara dengan teratur dan lengkap.
Memantau dan menyelenggara sistem penyaman udara dan pengudaraan.
Membantu pasukan servis dan penyelenggaraan bangunan apabila diperlukan.
Mengenal pasti kerosakan serta melaksanakan kerja penyelesaian masalah (troubleshooting) dan penyelenggaraan pembaikan (corrective maintenance).
Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) mengikut jadual yang ditetapkan.
Memastikan pengendalian dan penyelenggaraan alat, peralatan, alat ganti serta inventori dilakukan dengan baik dan teratur.
Mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh DOSH, OSHA, Suruhanjaya Tenaga serta badan-badan berkaitan yang lain.
Melaksanakan tugas-tugas ad hoc dan tanggungjawab lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
Membantu Penyelia serta melaporkan perkembangan kerja kepada Eksekutif dan Penyelia dari semasa ke semasa.
Lokasi Kerja:
HQ Sanjung Etika Sdn Bhd, Kuching, Sarawak
Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus Bahasa Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/Tahap 2/Tahap 3 dalam bidang berkaitan/Diploma dalam Kejuruteraan/Pengurusan Fasiliti/Penyelenggaraan Bangunan/Elektrik/Mekanikal/Awam dan bidang yang berkaitan.
Mempunyai pengetahuan asas berkaitan sistem bangunan, elektrik, mekanikal, atau pengurusan fasiliti adalah satu kelebihan.
Mahir menggunakan aplikasi komputer dan perisian pejabat.
Mempunyai kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, dan kerja berpasukan yang baik.
Mempunyai lesen memandu yang sah (kelas B2/D atau setara) adalah satu kelebihan.
Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas yang melibatkan pemeriksaan tapak, penyelenggaraan dan pemantauan fasiliti.
Mempunyai sikap bertanggungjawab, berintegriti, proaktif dan komited terhadap tugas.
Berkebolehan bekerja secara individu dan dalam pasukan dengan pengawasan minimum.
Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang operasi, penyelenggaraan, pengurusan fasiliti atau teknikal adalah satu kelebihan.
Mengapa Sertai Kami
Menjadi sebahagian daripada anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak, sebuah organisasi yang bereputasi dan kukuh di Sarawak.
Peluang untuk memperoleh lebih banyak pengalaman praktikal dalam pengurusan fasiliti.
