Job Vacancies

PEMANDU PERIBADI

ADVERTISER
Advertised on: 2026-05-20

Job Details

PEMANDU PERIBADI 
Kelayakan:
Warganegara Malaysia
Berumur antara 35 – 40 tahun
Minimum 1 tahun pengalaman sebagai pemandu
Mempunyai lesen memandu Malaysia yang sah dengan rekod bersih
Tidak mempunyai rekod jenayah
Mahir dengan jalan di sekitar Kuching
Mempunyai disiplin pemanduan dan amalan keselamatan yang baik
Berpenampilan kemas, professional dan menepati masa
Mempunyai sikap bertanggunjawab serta mampu menjaga kerahsiaan majikan
Bekas Tentera / Polis adalah digalakkan memohon
Bersedia bekerja lebih masa, hujung minggu dan apabila diperlukan
Tanggungjawab:
Bertugas sebagai Pemandu Peribadi kepada Pengarah Syarikat 
Menghantar dan mengambil majikan serta ahli keluarga / anak-anak ke sekolah, aktiviti, pejabat atau perjalanan   luar kawasan apabila diperlukan
Merancang perjalanan dan memastikan ketepatan masa setiap perjalanan
Memastikan kenderaan sentiasa bersih, diselenggara dan dalam keadaan baik
Mengamalkan pemanduan berhemah dan selamat pada setiap masa
Melaksanakan tugasan harian tambahan seperti mengangkat barang, mengambil dokumen atau membuat   penghantaran apabila diperlukan
Melaksanakan tugasan ad-hoc apabila diperlukan dari semasa ke samasa
Waktu Bekerja:
Hari biasa mengikut jadual yang ditetapkan
Cuti mingguan: Ahad
Walau bagaimanapun, perlu bersedia untuk bekerja pada hujung minggu bagi acara khas, atau perjalanan luar   kawasa, tertakluk kepada bayaran kerja lebih masa
Faedah:
Gaji yang kompetitif berdasarkan pengalaman
Caruman EPF & SOCSO
Jawatan tetap dengan persekitaran kerja yang stabil dan professional
Syarat Permohonan:
Hanya calon yang benar-benar berminat dengan jawatan tetap sahaja digalakkan memohon
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
 

ADVERTISER - 1. PEMANDU PERIBADI (Kuching), Minimum 1 tahun pengalaman sebagai pemandu; Bertugas sebagai Pemandu Peribadi kepada Pengarah Syarikat; Bersedia bekerja lebih masa.
2. PENGAWAL KESELAMATAN merangkap PEMANDU (Kuching), Minimum 1 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan; Boleh bekerja syif; Mempunyai lesen memandu Malaysia yang sah.
call 011-23004100 or Email Resume

More Jobs
Share: