WARDEN ASRAMA PEREMPUAN
Skop Tugas dan Tanggungjawab:
Mengawasi kebajikan, disiplin dan keselamatan penghuni asrama perempuan.
Memastikan peraturan dan prosedur asrama dipatuhi oleh semua penghuni.
Mengurus pendaftaran keluar masuk penghuni serta rekod penghuni asrama.
Memantau kebersihan, keceriaan dan keadaan fasiliti asrama.
Mengendalikan aduan, masalah disiplin dan kebajikan penghuni dengan profesional.
Membuat rondaan keselamatan secara berkala di kawasan asrama.
Memastikan penghuni mematuhi jadual dan waktu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Menjadi pegawai penghubung antara penghuni asrama dan pihak pengurusan.
Membantu mengurus kes kecemasan, kemalangan atau masalah kesihatan penghuni.
Menyediakan laporan harian atau bulanan berkaitan operasi dan disiplin asrama.
Memantau penggunaan utiliti dan aset asrama supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Membantu mengendalikan program, aktiviti dan taklimat penghuni asrama.
Memastikan suasana asrama sentiasa selamat, kondusif dan harmoni.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Perempuan berumur 21 tahun ke atas.
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang diiktiraf setaraf dengannya dengan 5 tahun pengalaman; atau
STPM/Diploma dengan 1 tahun pengalaman.
Lulus Bahasa Melayu dalam SPM
Bertanggungjawab, berdisiplin, matang dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Berpengalaman sebagai warden asrama, penyelia atau dalam bidang berkaitan adalah diutamakan.
Mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan.
Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang rekod jenayah.
Lokasi:
Lundu
