PEMANDU, SISA TERJADUAL (Kuching, Sarawak)
Melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa (menggunakan kenderaan syarikat seperti prime mover, lori servis/lori pemadat sisa) di premis komersial atau kawasan-kawasan lain mengikut kontrak syarikat.
Menyelia kelindan semasa kerja kutipan dan semasa perkhidmatan di lapangan.
Kelayakan:
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf. Pemegang Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP) diutamakan.
Memiliki lesen memandu Malaysia GDL (Bersendi & Berat Kejur), Kelas D dan E yang sah dan berpengalaman bekerja sebagai pemandu lori sekurang -kurangnya dua (2) tahun.
Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Memiliki kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah.
Bersedia untuk melakukan perjalanan jauh.
